Sunday, 10 April 2011

Solat Dan Ilmu

Assalamu’alaikum..


Alhamdulillah..kesibukan mengajar kita untuk menghargai waktu..
Bila di kenang masa yang lalu..dari kecil hingga dewasa kita belajar & tidak pernah berhenti hingga sekarang..


Untuk melakukan setiap perkara kita perlukan ilmu..
Tidak semestinya hanya ilmu dunia semata-mata..
kerana jika hanya ilmu dunia yang kita kejarkan, maka kita termasuk dalam golongan yang sia-sia kerana ilmu dunia itu boleh menjadi ibadah kepada kita yang dapat menambah nilai pahala kita..
Tapi bagaimana caranya??


Semestinya dengan ilmu akhirat..untuk mengajar kita bagaimana nak jadikan ilmu dunia sebagai ibadah.


Apa gunanya kita belajar hingga tahap yang tinggi, tapi bila anak-anak kita kelak bertanya, kenapa kita perlu solat? kenapa kita percaya pada Allah? Kenapa solat ada 5 waktu? Kenapa kita perlu tutup aurat?
Bagaimana untuk kita menjawabnya??
Dengan sekadar ilmu dunia, InsyaAllah tiada jawapan yang mampu kita berikan..


Kerana itu sahabat2, hargailah setiap ilmu yang disampaikan..


Adakah kita BERKIRA waktu kita untuk mencari ilmu tentang ALLAH SWT??
Tapi, pernahkah terfikir bahawa dari kecil kita telah habiskan banyak waktu kita di kelas & kuliah..?
Adakah wajar jika kita masih berkira untuk menghadiri 1 program kerohanian dalam 1 minggu? Sedangkan boleh dikatakan keseluruhan minggu kita dihabiskan untuk ilmu dunia..?


Kita tahu solat..tp bagaimana kita dapat nyatakan bahawa solat kita sah jika kain telekung yang digunakan nipis?adakah sah solat yang dikerjakan bertahun2 dengan menggunakan kain telekung yang nipis? Adakah sah wuduk dengan tanpa tanggalkan make-up? Adakah betul menjawab exam dengan meniru? Adakah betul bercouple tanpa berkahwin? Adakah betul penutupan aurat kita? Adakah betul menyebarkan keburukan sahabat? Adakah betul mengajak sahabat ke jalan maksiat&hiburan?
Hanya ilmu agama ada menerangkannya..


Secara hakikatnya..kita perlukan ilmu agama untuk sempurnakan hidup kita mengikut syariat yang ditetapkan..kerana kita adalah HAMBA..semua kejayaan dunia ini hanya pinjaman, mampu hilang sekelip mata..


“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)


Wahai sahabat..
Ilmu dunia bukanlah jaminan untuk kita berjaya..
Begitu juga ilmu akhirat tanpa beramal..
Tapi ilmu yang baik & diredhaiNya berguna untuk menjadi panduan hidup kita agar kita Berjaya DUNIA & AKHIRAt..


Hargailah setiap ILMU yang diberikan..kerana kita tidak tahu bila pinjaman ILMU itu akan di ambil kembali..& fikirkanlah adakah ILMU yg kita pelajari itu mampu menyelamatkan kita pada waktu PERHITUNGAN kelak.


Allahu’alam..

No comments:

Post a Comment